Perluasan Secara Sistematik ke Peringkat Sekolah JSLC

Latihan kepimpinan tidak hanya tertumpu kepada sejumlah kecil ahli JSLC sahaja. Mereka berperanan untuk berkongsi pengalaman dan melatih elemen kepimpinan kepada pelajar-pelajar lain di sekolah. Satu struktur organisasi pemimpin pelajar di peringkat daerah dan sekolah dibentuk dan dinamakan Badan Pemimpin Pelajar (Student Leaders Board, SLB). SLB dibentuk untuk memberi akses yang lebih meluas kepada semua pelajar di negeri Johor yang berpotensi untuk digilap bakat kepimpinan mereka. Sehingga kini, sebanyak 234 buah SLB di semua sekolah menengah harian negeri Johor menubuhkan organisasi ini dengan mengikut modul latihan kepimpinan SLB yang disediakan. Program ini memberi manfaat kepada lebih 4000 pemimpin muda di sekolah-sekolah yang menubuhkan SLB.


Berkaitan